Anda Marah? Berhenti Sejenak dan Tenangkan Diri

06 02-2019
Anda Marah? Berhenti Sejenak dan Tenangkan Diri

Marah adalah emosi yang normal bagi remaja dan ia bukanlah satu kesalahan. Tetapi, jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan gangguan emosi. Kegagalan mengawal kemarahan boleh mendorong remaja bertindak di luar kawalan sehingga mencederakan orang lain. Ada remaja yang sanggup memukul keluarganya sendiri kerana kemahuan mereka tidak dapat dipenuhi.

Kemarahan yang timbul bermula dengan ‘masalah’. Jika ada isu yang menyebabkan anda marah, fikirkan cara untuk selesaikan masalah tersebut. Carilah jalan penyelesaian yang terbaik.

Bagaimana?

1. Kenalpasti masalah

Mulakan dengan mengenalpasti perkara yang membuatkan anda marah dan sebab yang buat anda rasa begitu. Tanya pada diri anda, “Kenapa saya marah?”

2. Fikirkan cara-cara untuk selesaikan masalah Berhenti sejenak, tarik dan hembus nafas perlahan-lahan dan beri masa pada diri anda untuk fikirkan cara bagi mengawal kemarahan tersebut. Tanyalah pada diri sendiri: “Apa yang saya boleh buat?” Cuba fikirkan sekurang-kurangnya 3 cara untuk selesaikan masalah.

3. Fikirkan kesan/ akibat bagi setiap jalan penyelesaian yang bakal diambil

Untuk setiap solusi atau jalan penyelesaian, fikirkan kesannya – adakah ia positif atau negatif? Tanya diri sendiri: Apa yang akan berlaku jika saya tidak kawal kemarahan saya dan bertindak secara melulu?” “Untuk setiap tindakan yang diambil, apakah kesannya pada diri dan orang sekeliling saya?”

4. Buat keputusan sebelum bertindak

Untuk setiap tindakan yang bakal di ambil, apakah yang terbaik dan paling efektif? Buat pilihan yang terbaik untuk diri, keluarga dan mereka yang rapat dengan anda. Kemudian, barulah bertindak.

5. Semak tindakan yang telah diambil

Setelah bertindak dan isu berjaya diselesaikan, ‘reflect’ atau cuba fikirkan dengan mendalam jalan penyelesaian yang telah dipilih. Tanya diri sendiri: “Adakah saya berpuas hati dengan keputusan yang telah diambil?” Jika tidak, “Kenapa? Apa yang saya boleh buat?” Jika anda berjaya, anda patut rasa bangga dengan diri sendiri. Ini menunjukkan yang anda boleh menjadi seorang remaja yang matang.

Stres juga boleh menjadi punca kemarahan remaja. Amalkan Teknik 10 B:

Beribadat

Bernafas dengan dalam

Bertenang dan Berkata: Relakslah

Bercakap dengan seseorang

Berurut

Beriadah

Bersenam

Berehat dan mendengar muzik

Berfikiran positif

 

 

Dr Nik Daliana Nik Farid

Pensyarah Perubatan

Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan,

Fakulti Perubatan, Universiti Malaya

06.02.19

 

Related article

  • 01 02-2019
    Belajar Berkata Tidak!

    Kes remaja hamil dan pembuangan bayi semakin berleluasa di negara kita. Pada tahun lepas seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat ditahan polis kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat bayinya yang baru dilahirkan ke dalam semak. Seorang lagi remaja pula ditemui...

    Read more...
  • 17 05-2018
    2018 APRU Global Health Case Competition-University of Malaya

    Visit Video in Galeri

    Read more...
  • 09 03-2018
    Adolescent Mental Health – Dr Chan Yee Mang

    Read more...

Leave comments

Your email address will not be published.