Belajar Berkata Tidak!

01 02-2019
Belajar Berkata Tidak!

Kes remaja hamil dan pembuangan bayi semakin berleluasa di negara kita. Pada tahun lepas seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat ditahan polis kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat bayinya yang baru dilahirkan ke dalam semak. Seorang lagi remaja pula ditemui mati didalam tandas selepas melahirkan bayinya.

Semua remaja perlu ambil tahu dan faham hak kesihatan seksual dan reproduktif (KSR). Salah satu hak KSR yang remaja perlu tahu ialah ‘hak untuk berasa selamat’. Ini termasuklah melindungi diri dan dilindungi dari kehamilan remaja.

Bagaimana nak elakkan kehamilan remaja?

1. Hindar dari melakukan seks. Katakan “Tidak”. Ini adalah cara yang paling baik.

2. Diri anda, tanggungjawab anda. Jaga diri dengan baik untuk kesihatan dan masa depan.

3. Elak dari berkenalan dengan orang yang tidak dikenali menerusi media sosial seperti WeChat.

4. Jangan ambil dadah, rokok dan alkohol. Ia akan buat anda hilang pertimbangan.

5. Berkawan dengan rakan-rakan yang baik perangai dan berakhlak mulia.

6. Kekalkan hubungan yang baik dengan keluarga dan guru-guru di sekolah. Jika ada masalah, berbincanglah dengan mereka.

Sekiranya terdapat perubahan pada tubuh anda seperti tidak datang haid, pendarahan faraj yang luar biasa, loya, muntah, payudara sakit, letih, pening, perut makin besar dan perubahan berat badan:

1. Jumpa doktor di klinik yang berdekatan untuk sahkan kehamilan.

2. Dapatkan nasihat dari orang dewasa yang boleh dipercayai seperti ahli keluarga terdekat, guru dan kaunselor.

3. Hubungi Talian Kasih 15999 untuk dapatkan nasihat.

4. Jangan ambil tindakan yang boleh memudaratkan seperti menggugurkan kandungan dengan mengambil pil gugur.

“Abstain from Sex until Marriage”

“Elakkan Seks Sebelum Berkahwin”

Dr Nik Daliana Nik Farid

Pensyarah Perubatan,

Fakulti Perubatan, Universiti Malaya

1 Februari 2019

Related article

  • 13 04-2019
    Lima Cara Untuk Remaja Mengawal Stres

    Stres adalah satu keadaan di mana seseorang menghadapi tekanan secara berterusan sehingga boleh menyebabkannya resah, cemas, tertekan, susah hati dan bimbang. Setiap individu termasuklah remaja tidak akan terlepas daripada mengalami stres. Gejala stres berlaku apabila ia tidak dapat ditangani...

    Read more...
  • 06 02-2019
    Anda Marah? Berhenti Sejenak dan Tenangkan Diri

    Marah adalah emosi yang normal bagi remaja dan ia bukanlah satu kesalahan. Tetapi, jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan gangguan emosi. Kegagalan mengawal kemarahan boleh mendorong remaja bertindak di luar kawalan sehingga mencederakan orang lain. Ada remaja yang sanggup...

    Read more...
  • 17 05-2018
    2018 APRU Global Health Case Competition-University of Malaya

    Visit Video in Galeri

    Read more...

Leave comments

Your email address will not be published.