Generasi Y

REMAJA SEBAGAI GENERASI Y: ISU MASA KINI

Remaja generasi kini banyak dikaitkan dengan masalah sosial. Masalah sosial adalah sesuatu yang merangkumi pelbagai tingkah laku negatif dalam anggota masyarakat yang tidak memberikan faedah kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat, komuniti ataupun negara. Banyak faktor yang mendorong remaja pada masa kini terlibat dalam gejala sosial yang kurang sihat ini. Menurut penyelidik tempatan tentang remaja, penglibatan remaja dalam pelbagai gejala sosial berpunca daripada beberapa faktor, antaranya faktor dalaman diri remaja itu sendiri dari aspek perkembangan personaliti, kegagalan fungsi institusi keluarga dan juga pengaruh rakan sebaya. Mereka juga menyatakan pengaruh persekitaran di sekolah juga menjadi punca keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda golongan remaja dan belia terutamanya pada zaman ini.

generationylogo
thegenerations

Penyelidik lainnya pula menjelaskan perlakuan remaja digambarkan sebagai perlakuan emosi. Perasaan kadang kala lebih berpengaruh daripada fikiran. Kehidupan remaja akan membentuk tingkah laku remaja itu sendiri. Perubahan daripada alam kanak-kanak ke alam dewasa merupakan masa yang mengelirukan remaja kerana golongan remaja ini akan melalui peringkat perubahan diri yang kritikal dari segi mental dan fizikal. Pelbagai fenomena ganjil mengganggu mental dan fizikal mereka dan golongan remaja yang menghadapi tekanan ini akan melakukan tindakan-tindakan di luar kawalan kerana ingin meluahkan perasaan tidak puas hati, ingin membalas dendam dan sebagainya.

            Berdasarkan kajian Barat yang dijalankan ke atas remaja Amerika yang merupakan pelajar kolej telah memberikan gambaran remaja masa kini, dicatatkan tahap empati mereka adalah lebih rendah berbanding pelajar selepas tahun 2000. Hal ini adalah disebabkan oleh perbezaan kepercayaan dan juga norma kehidupan bagi remaja masa kini.

Penyelidik di Barat juga telah mengkritik tentang remaja dengan menggelarkan remaja sebagai generasi “Look at me”. Remaja masa kini dikatakan remaja yang lebih prihatin pada diri mereka (Narcissme), mempunyai semangat berlawan yang tinggi, berkeyakinan tinggi dan individualistik. Hal ini terjadi disebabkan oleh ledakan media dan komunikasi sosial yang meluas menyebabkan mereka bijak bertindak sendiri dan menjadi penyebab penurunan empati pada diri remaja serta peningkatan tahap keagresifan pada diri mereka. Remaja masa kini juga lebih banyak menghabiskan masa dengan teknologi seperti komputer menyebabkan kurang masa kualiti bersama ahli keluarga dan hal ini menyebabkan kurangnya perkembangan sifat empati dalam diri. Kesan daripada tahap empati yang rendah dan keagresifan yang tinggi ini membawa kepada berlakunya masalah buli di sekolah.

Oleh itu, sebagai ibu bapa perlu prihatin terhadap isu-isu yang melibatkan anak-anak remaja, dan menjadi panduan serta rujukan anak-anak agar mereka terpelihara daripada cabaran yang melanda bagi melahirkan generasi yang SIHAT akal dan fizikal.

generation-y-statistics-sm