Kekeluargaan

Hubungan yang rapat antara penjaga (ibu bapa) dan anak adalah penting sebagai kunci hubungan sosial anak sejak kecil. Emosi dan tingkah laku sosial anak-anak dibentuk hasil daripada beberapa hubungan lain seperti gaya keibubapaan yang berbeza, hubungan adik beradik, struktur keluarga yang pelbagai dan pengalaman sosial bersama mereka.

sasda
Terdapat empat kategori gaya keibubapaan:

1. Authoritarian (berkuasa)

Gaya keibubapaan ini merujuk kepada ibu bapa yang memberikan kawalan yang ketat, menjalankan hukuman dan mengarahkan anak-anak untuk mengikuti tunjuk ajar dan menghormati tugas dan usaha mereka. Pendapat anak-anak kurang diberikan perhatian bagi ibu bapa yang mengamalkan gaya ini.

2. Authoritative (berwibawa)

Ibu bapa yang mengamalkan gaya keibubapaan ini menggalakkan anak mereka untuk berdikari tetapi masih mengekalkan kawalan tehadap setiap tindak tanduk anak-anak. Komunikasi timbal-balik dibenarkan dalam keluarga bermaksud anak-anak boleh menyuarakan pendapat mereka kepada ibu bapa.

3. Neglectful (pengabaian)

Gaya keibubapaan ini merujuk kepada gaya ibu bapa yang tidak melibatkan diri dalam kehidupan anak-anak seperti kurangnya pengawalan diri anak dalam kehidupan sosial mereka.

4. Indulgent (memenuhi segala keinginan)

Ibu bapa yang dikategorikan dalam gaya keibubapaan ini adalah ibu bapa yang sangat mengambil berat tentang anak mereka sehingga anak-anak tidak mempelajari untuk mengawal tingkah laku mereka. Anak-anak yang dibesarkan dengan gaya ini membawa mereka kepada anak yang sukar dikawal, ego dan menagalami masalah dalam hubungan rakan sebaya.