Kesihatan Mental

mental-health

 

 

APAKAH KESIHATAN MENTAL?

Kesihatan mental merangkumi emosional, psikologikal dan tingkah laku sosial. Kesihatan mental ini akan mempengaruhi cara pemikiran, perasaan dan tindakan setiap individu. Ia juga akan membantu setiap individu menentukan cara menangani tekanan, menghubung kaitkan sesuatu perkara dengan yang lain dan membuat pilihan. Kesihatan mental adalah sangat penting dan perlu diberi perhatian sepanjang tahap kehidupan daripada kecil dan remaja seterusnya dewasa.

 

SIMPTOM AWAL

Gangguan? Kebiasaannya individu tidak menyedari kehadiran gangguan kesihatan mental dalam diri mereka. Mengalami satu atau dua daripada simptom perasaan atau tingkah laku di bawah menunjukkan amaran awal terhadap gangguan ini:

  • Makan dan minum terlalu banyak atau terlalu sedikit
  • Mengelakkan diri daripada rakan-rakan dan aktiviti harian
  • Kekurangan tenaga hamper setiap hari
  • Rasa lelah atau tidak merasakan apa-apa dalam hidup
  • Mengalami kesakitan yang tidak dapat dijelaskan
  • Rasa tidak berharga dan tidak berguna
  • Merokok, mengambil akohol dan menggunakan dadah lebih daripada kebiasaan
  • Rasa ragu-ragu, bersalah, marah, kecewa, risau dan takut yang berlebihan daripada kebiasaan
  • Menengking atau bergaduh dengan keluarga atau rakan-rakan
  • Mengalami perubahan mood disebabkan oleh masalah perhubungan
  • Mempunyai tanggapan dan memori yang tidak dapat dilupakan
  • Mendengar suara atau kepercayaan yang tidak benar
  • Berfikir untuk merosakkan diri atau menghukum diri sendiri
  • Hilang keupayaan menguruskan urusan harian seperti pengurusan diri kesekolah atau kerja.
JENIS GANGGUAN MENTAL
depression

Mereka yang mengalami gangguan kebimbangan akan memberi respon kepada benda atau situasi dengan perasaan takut dan gementar, dan dengan keadaanf izikal yang panik dan bimbang serta degupan jantung yang laju. Gangguan kebimbangan ini dapat disahkan jika individu memberi respon yang tidak sesuai kepada situasi seperti individu tersebut tidak dapat mengawal dirinya sendiri. Masalah ini juga melibatkan gangguan panik, gangguan kebimbangan sosial dan fobia.

Gangguan ini dikenali sebagai gangguan emosi yang membawa kepada kesedihan atau perasaan gembira terlampau atau juga perbezaan mendadak daripada terlalu gembira kepada terlalu sedih. Gangguan kebiasaan bagi emosi adalah depresi, gangguan bipolar dan gangguan cyclothymic.

badmood
psikotik

Gangguan ini menyebabkan pemikiran dan perhatian akan terganggu. Simptom yang sering dilihat bagi individu yang mengalami gangguan ini adalah halusinasi dan delusi. Halusinasi adalah individu yang mengalami gangguan seperti melihat atau bunyi yang tidak wujud, seperti suara-suara halus, manakala delusi adalah kepercayaan yang salah oleh pesakit walaupun bukti adalah kontra daripada kepercayaannya. Skizofrenia adalah salah satu contoh bagi gangguan psikotik.

Gangguan ini melibatkan emosi yang ekstrem, sikap, dan tingkah laku yang menyebabkan berat badan dan makanan. Anorexia nervosa, bulimia nervosa dan gangguan makan adalah yang paling biasa bagi gangguan ini.

selera makan
personality

Individu yang menghadapi gangguan personaliti akan mengalami tret personaliti yang berubah ubah yang memberi tekanan kepada individu itu sendiri dan menyebabkan masalah di tempat kerja, sekolah dan hubungan sosial. Contoh gangguan personaliti adalah gangguan personaliti anti sosial, gangguan personaliti obsesi-kompulsif dan paranoia.

panic_attack

Gangguan ini dikenal pasti dengan adanya simptom fizikal termasuk menggeletar, keliru dan tidak terurus, degupan jantung yang laju, mulut menjadi kering, berpeluh, pening kepala dan kesakitan pada dada. Simptom-simptom bagi gangguan panik kebiasaannya berlaku dalam 10 minit dan kadang kala berlarutan sehingga 30 minit. Pakar psikologi berpendapat bahawa, setiap individu perlu mengawal diri merea dalam menghadapi sesuautu masalah dan tidak membiarkan ketakutan sehingga panik berlaku dan mengawal diri mereka. Namun demikian, gangguan panik tidak menunjukkan sesuatu yang merbahaya tetapi hanya akan mengehadkan pergerakan diri individu yang mengalaminya. Oleh itu, cara berkesan mengelakkan panik adalah lebih tenang dalam menghadapi sesuatu perkara dan lebih bersedia bagi mengelakkan ketakutan melampau.

Fobia lebih dikenali sebagai ketakutan. Fobia berlaku apabila individu mempunyai reaksi perasaan yang berlebihan terhadap situasi berbahaya atau sesuatu benda. Apabila fobia berada pada tahap merbahaya, hal ini akan menyebabkan individu yang mengalaminya menjauhkan diri daripada benda yang atau situasi yang menyebabkan kebimbangan pada dirinya.

Fobia terbahagi kepada dua: 1- Fobia Spesifik dan 2- Fobia Kompleks.

Fobia Spesifik adalah fobia yang berlaku melibatkan objek, haiwan, situasi atau aktiviti. Fobia ini kebiasaannya berlaku ketika kanak-kanak atau remaja dan akan menjadi lebih tinggi ketika dewasa.

Contoh Fobia Spesifik:

  • Fobia haiwan – kucing, anjing, labah-labah, ular, tikus
  • Fobia suasana – tempat tinggi, kedalaman air dan kuman
  • Fobia situasi – melawat doktor gigi atau menaiki kapal terbang
  • Fobia tubuh badan – darah, muntah atau mendapatkan suntikan
  • Fobia seksual – tahap kebimbangan atau ketakutan apabila melibatkan organ seksual

Fobia Kompleks pula adalah tahap yang lebih tinggi daripada Fobia Spesifik. Fobia ini boleh terjadi ketika dewasa dan menyebabkan ketakutan atau kebimbangan yang serius terhadap situasi atau sesuatu keadaan.

Fobia Kompleks terbahagi kepada dua iaitu Agrofobia dan Fobia Sosial.

Agrofobia adalah ketakutan individu berada dalam tempat terbuka dan berasa bimbang berada dalam situasi tersebut sehingga menyebabkan mereka mengelakkan diri atau berkemungkinan menyebabakan berlaku serangan panik. Oleh itu, mereka yang mengalami agrofobia akan menyebabkan mereka mengelakkan diri daripada bersendirian, berada pada tempat khalayak ramai seperti pusat membeli belah tumpuan ramai, dan menggunakan pengangkutan awam.

 Fobia Sosial pula adalah dikenali sebagai gangguan kebimbangan sosial iaitu berasa bimbang berada dalam situasi sosial. Mereka yang mengalami fobia jenis ini akan berasa takut untuk bercakap di depan khalayak dan berasa sangat malu dan memalukan dirinya. Hal ini menyebabkan individu yang mengalaminya akan mengelakkan diri daripada bertemu rakan-rakan dan keluar bersama-sama.

APAKAH YANG MENYEBABKAN FOBIA BERLAKU?

Fobia berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang berlaku kepada diri si fobia sepereti kemalangan atau trauma, pembelajaran daripada individu lain yang rapat dengan dirinya seperti keluarga dan adik- beradik, serta pengaruh genetik sejak lahir.

Fobia
anxiety1

Gangguan ini adalah lebih daripada “terlalu pemalu”. Gangguan ini melibatkan ketakutan dan kebimbangan dalam melakukan aktiviti harian seperti membeli belah atau berkomunikasi dengan individu lain melalui telefon. Kebanyakkan individu berasa kurang selesa berada daam situasi sosial, namun gangguan kebimbangan sosial ini menunjukkan kerisauan yang terlampau sebelum melakukan rutin sosial, ketika melakukan dan selepas sesuatu aktiviti. Ketakutan tersebut menyebabkan mereka berasa sangat memalukan dirinya, berpeluh-peluh dan berasa tidak cekap dalam sesuatu perkara.

Gangguan ini boleh berlaku sejak zaman kanak-kanak atau remaja dan kebiasaannya berlaku kepada perempuan. Hal ini akan memberi kesan kepada kehidupan individu seperti keyakinan dan penghargaan diri, masalah dalam hubungan dan pencapaian di sekolah atau tempat kerja.

mom

Jika anda merasakan salah satu daripada gangguan yang dinyatakan, anda perlu memaklumkannya kepada individu yang lebih memahami anda atau boleh mengikuti proses di bawah:

1

Memaklumkan kepada ibubapa anda tentang situasi atau keadaan yang anda alami.

2

Ibubapa boleh merujuk kepada klinik kerajaan atau swasta yang berdekatan untuk mengesahkan keadaan yang dialami.

3

Jika perlu terus hadir ke hospital yang menawarkan khidmat nasihat tentang kesihatan mental.

4

Individu perlu yakin bahawa setiap yang berlaku boleh diselesaikan dan perlu mengikuti nasihat pakar agar tidak berulang.

 

AMALAN HIDUP SIHAT

Amalan hidup sihat adalah dengan mengekalkan kesihatan mental yang positif yang memberi kepentingan dalam kehidupan sehari-hari seperti menyedari kebolehan diri, menangani tekanan kehidupan, bekerja dengan lebih produktif dan memberi sumbangan yang berguna kepada komuniti.

 

Antara cara mengekalkan kesihatan mental yang positif:
  • Menggunakan khidmat pakar jika perlu
  • Berkomunikasi dengan orang lain
  • Kekalkan positif dalam diri
  • Melakukan aktiviti fizikal yang aktif
  • Membantu orang lain
  • Dapatkan tidur yang mencukupi
  • Membina kemahiran penyesuaian diri dalam menghadapi sesuatu
Man on top of mountain