Kitaran Hidup Manusia

Perkembangan hidup manusia berlaku sejak dikandungkan sehingga akhir hayat

Proses perkembangan tersebut melibatkan biologi, sosio emosi dan kognitif (pemikiran). Proses perubahan biologi adalah perubahan hidup individu yang berlaku secara semula jadi. Antara perubahan dan contoh perubahan tersebut adalah genetik yang diwarisi daripada ibu bapa, perkembangan otak, berat badan, ketinggian, perubahan kemahiran pergerakan, nutrisi, perubahan hormon ketika akil baligh dan kekuatan kardio yang semakin berkurangan selari dengan peningkatan umur.

Perkembangan kognitif melibatkan perubahan tahap intelek individu seperti pemikiran, tanggapan,kepandaian dan kemahiran berbahasa. Peningkatan kebolehan dalam menggunakan ayat-ayat yang lebih panjang, mengingati sajak, berimaginasi jika menjadi seorang yang terkenal, serta menyelesaikan teka silang kata adalah termasuk dalam proses perkembangan kognitif.

Seterusnya, proses perkembangan sosio emosi melibatkan perubahan hubungan individu dengan orang lain, perubahan emosi dan personaliti. Antara contoh proses perkembangan dalam sosio emosi adalah seorang bayi akan tersenyum apabila dibelai oleh ibu bapa, seorang kanak-kanak kecil menjadi agresif apabila permainannya diganggu oleh rakannya, pertumbuhan asertif dalam diri anak-anak yang berada dalam zaman persekolahan, remaja mula berasa keseronokan berjumpa rakan-rakan apabila keluar bersama dan kesemua pengalaman tersebut akan membawa kepada impak atau refleks emosi ketika dewasa kelak.

Oleh itu, ibu bapa adalah penting mencorakkan kehidupan anak-anak serta menjadi panduan hidup anak-anak bagi menempuh kehidupan dengan lebih bersedia.

hfhrgerfed
pertumbuhan-anak