Lima Cara Untuk Remaja Mengawal Stres

13 04-2019
Lima Cara Untuk Remaja Mengawal Stres

Stres adalah satu keadaan di mana seseorang menghadapi tekanan secara berterusan sehingga boleh menyebabkannya resah, cemas, tertekan, susah hati dan bimbang.

Setiap individu termasuklah remaja tidak akan terlepas daripada mengalami stres. Gejala stres berlaku apabila ia tidak dapat ditangani oleh remaja. Mereka boleh mengalami gejala emosi dan fizikal seperti:

1. Murung atau sedih
2. Risau
3. Marah dan muram
4. Sunyi dan terasing
5. Sukar untuk bertenang
6. Tidak bertenaga
7. Sakit kepala
8. Sakit perut
9. Sakit otot
10. Sakit dada dan berdebar-debar
11. Susah tidur

Bagaimana remaja boleh menangani stres?

1. Menyeimbangkan tanggungjawab terhadap akademik dan aktiviti yang disukai. Selain belajar, remaja juga perlukan masa untuk melakukan aktiviti lain seperti bersukan dan menonton televisyen.
2. Pengurusan masa yang bijak. Gunakan kalendar atau diari app untuk merancang aktiviti harian.
3. Amalkan pemakanan seimbang. Ikuti konsep #suku-suku separuh:
– suku pertama: pinggan diisi dengan karbohidrat seperti nasi dan roti
– suku kedua: pinggan diisi dengan sumber protein seperti ikan dan daging
– separuh pinggan diisi dengan buah dan sayuran
Selain itu, minum air secukupnya.
4. Tidur yang mencukupi. Kebanyakan remaja perlukan 8-10 jam tidur setiap malam.
5. Meluangkan masa untuk bersenam setiap hari. Semasa bersenam, otak akan keluarkan bahan kimia yang boleh membuatkan kita rasa gembira dan seterusnya menghilangkan stres.

Semua remaja perlu menghadapi setiap cabaran dengan tabah. Jangan abaikan masalah. Sebaliknya, berfikiran positif dan carilah jalan penyelesaian yang terbaik.

Dr Nik Daliana Nik Farid, UM

Related article

  • 06 02-2019
    Anda Marah? Berhenti Sejenak dan Tenangkan Diri

    Marah adalah emosi yang normal bagi remaja dan ia bukanlah satu kesalahan. Tetapi, jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan gangguan emosi. Kegagalan mengawal kemarahan boleh mendorong remaja bertindak di luar kawalan sehingga mencederakan orang lain. Ada remaja yang sanggup...

    Read more...
  • 01 02-2019
    Belajar Berkata Tidak!

    Kes remaja hamil dan pembuangan bayi semakin berleluasa di negara kita. Pada tahun lepas seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat ditahan polis kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat bayinya yang baru dilahirkan ke dalam semak. Seorang lagi remaja pula ditemui...

    Read more...
  • 17 05-2018
    2018 APRU Global Health Case Competition-University of Malaya

    Visit Video in Galeri

    Read more...

Leave comments

Your email address will not be published.