Tahap Perkembangan Manusia

TAHAP PERKEMBANGAN MANUSIA

sdcsa

Tahap tahap perkembangan manusia melibatkan fasa yang cukup panjang bermula dikandungkan sehingga ke akhir hayat. Kita perlu memahami fasa perkembangan hidup manusia agar pengurusan diri serta organisasi sekeliling kita lebih terancang dan tersusun.

Fasa perkembangan manusia mengikut turutan dikategorikan kepada 7 tahap iaitu:

Tahap pra kelahiran, masa bayi, masa awal anak anak, masa pertengahan dan akhir anak anak, masa remaja, masa awal dewasa, masa pertengahan dewasa dan masa akhir dewasa.

Berdasarkan sebuah buku Psikologi Perkembangan Hidup Manusia (Life-Span Development) oleh John Santrock: Tahap prakelahiran (prenatal period) ialah bermula sejak disenyawakan hingga dilahirkan Tahap ini merupakan masa pertumbuhan yang luar biasa daripada satu sel tunggal hingga menjadi organisma yang sempurna dengan kemampuan otak dan perilaku, yang dihasilkan kira kira dalam masa 9 bulan.

Berikut adalah 7 Tahap Perkembangan Manusia:

1. Tahap / Fasa Bayi

Fasa bayi (infancy) ialah tahap perkembangan yang bermula daripada kelahiran hingga 18 atau 24 bulan. Fasa bayi adalah saat manusia adalah sangat bergantung pada orang dewasa. Banyak aktiviti psikologi yang berlaku hanya sebagai permulaan seperti kebolehan berbahasa, pemikiran simbolik, koordinasi sensorimotor, dan pembelajaran sosial.

bebii

2. Tahap / Fasa Awal Anak-Anak

Portrait of smiling ittle boy

Fasa awal anak anak (early chidhood) adalah perkembangan yang dilalui ketika bayi hingga usia lima atau enam tahun, dan fasa ini juga disebut fasa prasekolah. Pada ketika ini, anak anak kecil mempelajari pengurusan diri, menjaga diri, meningkatkan kebolehan menyiapkan diri ke sekolah dengan menigukiti arahan daripada orang lebih dewasa, mengidentifikasikan penggunaan huruf, kata dan bermain dengan rakan-rakan sebaya. Apabila anak memasuki persekolahan darjah satu (Sekolah Rendah), mereka dikatakan telah mengakhiri fasa awal kanak-kanak.

3. Tahap / Fasa Pertengahan

Fasa pertengahan dan akhir kanak-kanak (middle and late childhood) adalah fasa perkembangan yang dilalui daripada usia kira kira enam hingga sebelas tahun, bermula persekolahan di sekolah rendah. Kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis, dan mengira sepatutnya telah dikuasai pada ketika ini. Anak juga pada ketika ini secara formal berhubungan dengan dunia yang lebih luas dan bersosial. Oleh itu, prestasi kanak-kanak dalam kehidupan akan meningkat dengan cepat pada usia ini.

dfsfsdadawdw

4. Tahap / Fasa Remaja

dsadddqwq

Fasa remaja (adolescence) ialah suatu fasa transisi atau peralihan fasa kanak-kanak kepada masa awal dewasa dan dilalui oleh manusia ketika umur memasuki usia kira kira 10 hingga 12 tahun dan berakhir pada usia 18 tahun hingga 22 tahun. Fasa remaja bermula pada perubahan fizikal yang cepat, pertambahan berat dan tinggi badan yang dramatik, perubahan bentuk tubuh, dan perkembangan karakteristik seksual seperti pembesaran buah dada, perkembangan pinggang dan kumis, dan perubahan suara. Pada perkembangan ini, pencapaian kemandirian dan identiti sangat menonjol (pemikiran semakin logistik, abstrak, dan idealistik) dan semakin banyak menghabiskan waktu bersama rakan-rakan iaitu luar daripada keluarga. Usia remaja juga sangat sinonim dengan pemberontakan dalam diri dan pada ketika ini hubungan antara anak dan ibu bapa perlu lebih ditekankan agar anak-anak tidak mudah terpengaruh dengan rakan sebaya yang melakukan aktiviti yang sia-sia.

5. Tahap Awal Dewasa

Fasa awal dewasa (early adulthood) ialah fasa perkembangan yang bermula pada akhir usia belasan tahun atau awal usia 20-an tahun dan yang berakhir pada usia 30-an tahun. Pada ketika ini pembentukan kemandirian peribadi dan ekonomi dapat dilihat. Fasa awal dewasa juga menampakkan perkembangan karier, dan kebanyakkannya mula membuat pemilihan pasangan, menjalinkan hubungan serius, belajar hidup dengan seseorang secara akrab, memulakan keluarga baru, dan mengasuh anak anak.

dsddhhjiu

6. Tahap Pertengahan Dewasa

omanana

Fasa pertengahan dewasa (middle adulthood) seterusnya pula ialah fasa perkembangan yang bermula pada usia kira kira 35 hingga 45 tahun dan berterusan sehingga usia 60 tahun. Pada ketika fasa ini, individu dapat dilihat aktif dalam melibatkan diri dalam tanggungjawab peribadi dan sosial seperti membantu generasi baru menjadi individu yang lebih berkompetensi, menjadi dewasa dan mencapai kepuasan sepanjang bekerja. Pada fasa ini, individu akan memberikan yang terbaik untuk keluarga, kurang masa rehat dan lebih bekerja untuk anak-anak dan kurangnya aktiviti sosial bersama rakan sebaya.

7. Tahap / Fasa Akhir Dewasa

Fasa akhir dewasa (late adulthood) ialah fasa perkembangan yang bermula pada usia 60-an atau 70-an dan berakhir pada kematian. Pada tahap ini individu akan menjalani proses penyesuaian diri ke atas segala penurunan kekuatan dan kesihatan yang dialami pada usia tua, menatap dan mengimbas kembali kehidupannya ketika muda, bersara, dan digalakkan pada usia ini individu membuat melibatkan diri dengan peranan sosial di kawasan setempat agar tidak berlaku kesunyian.

600-00846386
© Masterfile
Model Release: Yes
Property Release: No
Model Release
Portrait of Senior Woman
Smiling